Anda semakin hampir untuk memiliki pelan perlindungan idaman anda!

Dalam masa beberapa minit, anda akan mendapat ketenangan dengan Sun Cover-i*. Ianya pelan takaful keluarga bertempoh yang asas dan berkonsepkan “pay-as-you-go”, dan didatangkan dengan bayaran sumbangan yang sangat rendah dengan hanya RM15** sebulan!

Perlindungan Mudah

Sun Cover-i* adalah pelan perlindungan mudah dan berpatutan yang sempurna untuk perancangan kewangan masa depan anda. Dengan proses pendaftaran semudah 3 langkah, anda akan dilindungi serta-merta!


Bayaran mampu milik

Dengan hanya 50 sen sehari, anda akan dilindungi sehingga RM60,000, ditolak sebarang keterhutangan untuk kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal*** (TPD).


Tanpa pemeriksaan perubatan

Tidak seperti pelan perlindungan lain, Sun Cover-i* tidak memerlukan sebarang pemeriksaan perubatan. Memang mudah!


Tunggu apa lagi?

Ambil langkah seterusnya untuk mendapatkan perlindungan!

Tertakluk kepada Terma dan Syarat.
* Sun-Cover-i adalah khusus untuk pemegang akaun CIMB dan warganegara Malaysia berumur antara 18 dan 49 yang bukan merupakan anggota badan beruniform (polis atau tentera).
** Kadar bayaran sumbangan adalah tidak dijamin dan mungkin disemak dari semasa ke semasa melalui notis bertulis sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tamatnya sijil/e-sijil. Penyemakan tersebut akan berkuat kuasa pada tarikh sijil/e-sijil seterusnya selepas tempoh notis.
*** Jumlah agregat maksimum manfaat TPD yang perlu dibayar berkenaan dengan TPD orang yang dilindungi di bawah sijil ini dan semua kontrak atau sijil individu dan kumpulan lain yang dikeluarkan oleh Sun Life Malaysia tidak akan melebihi RM2,000,000. 

FAQ

Apakah Sun Cover-i? 

Sun Cover-i adalah pelan takaful keluarga bertempoh berkelompok pembaharuan bulanan yang mudah dan berpatutan berserta dengan perkongsian lebihan. Ia menawarkan bayaran manfaat secara sekali gus sekiranya berlaku kematian/hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) akibat semua/segala sebab.  Pelan ini ditawarkan secara "pay-as-you-go" (PAYG).

Sun Cover-i diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad (SLMTB) <Nombor Pendaftaran: 200501012215 (689263-M)>, pengendali takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Apakah tempoh perlindungan? 

Sun Cover-i menawarkan perlindungan sehingga umur 50 tahun.

Apakah pay-as-you-go (PAYG)? 

Dengan konsep PAYG, anda akan menikmati pembayaran sumbangan yang fleksibel. Setelah menyertai pelan ini, sumbangan bulanan anda akan didebitkan secara automatik dari akaun simpanan, akaun semasa, atau akaun kad kredit anda bergantung pada pilihan pembayaran anda. Perlindungan takaful bulanan akan diperbaharui setelah penolakan sumbangan berjaya. Walau bagaimanapun, jika baki akaun tidak mencukupi dan penolakan sumbangan tidak berjaya, tiada perlindungan takaful akan diberikan untuk tempoh  itu sehinggalah kami mendapat bayaran sumbangan tersebut. Perlindungan anda akan disambung semula selepas bayaran ini.

Oleh kerana ini adalah pelan PAYG, anda tidak perlu membayar sumbangan yang tidak dibayar pada bulan sebelumnya. Walaupun begitu, anda digalakkan untuk memastikan baki dalam akaun anda  adalah mencukupi bagi menikmati perlindungan berterusan tanpa gangguan.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya berhenti membayar sumbangan? 

Sekiranya anda tidak membayar sumbangan sebelum tarikh permulaan perlindungan berikutnya, tiada perlindungan takaful akan diberikan dan tiada tuntutan akan dibayar pada bulan berikutan sekiranya berlaku kematian/hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD).

Tempoh maksimum selama 6 bulan dari tarikh perlindungan tamat akan diberi untuk pengaktifan semula perlindungan takaful seperti yang ditunjukkan dalam sijil/e-sijil terkini (dalam bentuk e-mel). Sejurus selepas 6 bulan berturut-turut tiada sumbangan bayaran, sijil/e-sijil akan luput dan anda akan diminta untuk mengemukakan permohonan baru*.

*Nota: Permohonan baru dengan pengakuan kesihatan baru akan diproses sebagai pendaftaran baru dengan nombor sijil baru dan tempoh perlindungan baru.

Bagaimana untuk mengetahui jika pelan ini adalah sesuai untuk saya? 

Sekiranya anda mencari pelan perlindungan takaful keluarga asas dengan sumbangan yang berpatutan, pelan ini sesuai untuk anda.

Apakah kriteria kelayakan untuk mendaftar dalam Sun Cover-i? 

Anda layak untuk menyertai dalam Sun Cover-i sekiranya anda adalah pelanggan CIMB (seperti pemegang kad kredit/debit), warganegara Malaysia, berumur antara 18 hingga 49 tahun, berada dalam kesihatan yang baik, dan anda bukan anggota badan beruniform seperti polis atau tentera.

Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai Sun Cover-i? 

Tidak. Anda hanya perlu menjawab pengakuan kesihatan yang mudah.

Berapakah pelan Sun Cover-i yang boleh saya menyertai? 

Setiap individu hanya dibenarkan untuk  menyertai dalam satu pelan Sun Cover-i sahaja.

Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar? 

Sumbangan bulanan yang harus anda bayar ialah RM15.00. Tempoh sumbangan pelan ini akan berterusan sehingga sijil/e-sijil tamat selepas hari lahir anda yang ke-50.

Kadar sumbangan adalah tidak dijamin dan mungkin akan disemak semula dari semasa ke semasa, dan notis bertulis akan diberi sekurang-kurangnya 14 hari sebelum sijil/e-sijil tamat. Penyemakan tersebut akan berkuat kuasa pada sijil/e-sijil yang berikutnya selepas tempoh notis bertulis.

Adakah jumlah sumbangan tetap? 

Ya, ini adalah pelan sumbangan rata dengan syarat tiada perubahan pengendorsan kepada pelan tersebut.

Bagaimana saya boleh membuat pembayaran sumbangan? 

Anda boleh membuat pembayaran sumbangan melalui kad kredit atau kad debit.

Bagaimana saya boleh menerima sijil dokumen setelah saya menyertai Sun Cover-i? 

Setelah anda berjaya menyertai Sun Cover-i, anda akan menerima pengesahan emel dan sijil/e-sijil dari SLMTB dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh permohonan Sun Cover-i anda.

Anda juga boleh memuat turun dokumen keterangan produk, penyata maklumat sijil, dan kontrak induk dari laman sesawang SLMTB di https://mysunlife.sunlifemalaysia.com/SunCover-i/.

Adakah terdapat perlindungan sementara untuk pelan ini? 

Ya, perlindungan sementara bagi kematian yang disebabkan oleh kemalangan akan diberi  dalam 7 hari dari tarikh bayaran permulaan perlindungan diterima dan sehingga maksimum RM 60,000. Setelah sijil/e-sijil dikeluarkan, perlindungan akan seperti tertakluk dalam sijil/e-sijil. Sekiranya permohonan ditolak, perlindungan sementara akan ditamatkan serta-merta.

Bolehkah saya menggunakan kad kredit atau kad debit orang lain untuk membayar sumbangan saya? 

Tidak, anda tidak boleh menggunakan kad kredit atau kad debit pihak ketiga untuk membayar sumbangan anda. Pemegang kad kredit atau kad debit mestilah pemilik sijil yang didaftarkan.

Adakah terdapat apa-apa yuran dan caj tambahan untuk pelan ini? 

Anda akan dikenakan yuran dan caj seperti berikut:

 
Jenis Amaun
1) Yuran Wakalah (terdiri daripada komisen dan yuran pengendali) 50% daripada sumbangan
2) Komisen 10% daripada sumbangan yang telah dibayar dari Yuran Wakalah
3) Perkongsian kami dalam lebihan dana tabarru' peserta 50% daripada lebihan yang diisytiharkan, ditentukan pada setiap tahun kewangan
 
Apakah pengecualian-pengecualian di bawah pelan ini? 

Pelan ini tidak mempunyai pengecualian.

Bolehkah saya membatalkan pelan selepas menyertainya? 

Ya, anda boleh membatalkan pelan ini selepas menyertainya. Anda diberi tempoh semakan percuma selama 15 hari dari tarikh penghantaran sijil/e-sijil yang pertama. Sepanjang tempoh ini, anda harus menyemak sijil/e-sijil anda untuk memastikan ia sesuai untuk anda dan keperluan anda. Sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak meneruskan pelan ini setelah sijil/e-sijil dikeluarkan, anda boleh membatalkan pelan ini dengan memberi notis bertulis kepada Sun Life Malaysia dalam tempoh semakan percuma tersebut. Kami akan mengembalikan sumbangan yang telah dibayar.

Sekiranya anda membatalkan pelan selepas 15 hari dari tarikh penghantaran sijil/e-sijil yang pertama, anda akan dilindungi di bawah pelan ini sehingga tarikh sumbangan seterusnya tiba. Tiada sebarang bayaran balik sumbangan pro-rata atau nilai tunai yang akan dibayar.

Sekiranya saya ingin menamatkan sijil Sun Cover-i, adakah saya layak untuk sebarang nilai tunai? 

Sun Cover-i adalah pelan perlindungan dan ia tidak memberi sebarang nilai tunai.

Adakah pelan Sun Cover-i saya akan berterusan sekiranya saya menamatkan akaun CIMB saya? 

Tidak. Sejurus selepas 6 bulan berturut-turut tiada sumbangan bayaran, sijil/e-sijil akan luput dan anda akan diminta untuk mengemukakan semula permohonan baru*.

*Nota: Permohonan baru dengan pengakuan kesihatan baru akan diproses sebagai pendaftaran baru dengan nombor sijil baru dan tempoh perlindungan baru.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan pada butiran hubungan / butiran peribadi saya selepas saya menyertai pelan Sun Cover-i? 

Selain maklumat yang anda berikan, Sun Life Malaysia akan memperolehi maklumat peribadi anda yang diperlukan dari CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad. Pastikan maklumat peribadi anda adalah tepat semasa menerima kontrak sijil anda. Anda boleh menghubungi kini SLMTB jika terdapat perubahan pada butiran peribadi anda melalui portal pelanggan SunAccess atau aplikasi mudah alih setelah anda menyertai pelan ini.

Adakah pelan ini layak untuk Pelepasan Cukai Pendapatan? 

Ya, sumbangan yang dibayar bagi Sun Cover-i melayakkan anda untuk pelepasan cukai pendapatan persendirian tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Di mana saya boleh mendapatkan borang tuntutan dan membuat
tuntutan?
 

Borang tuntutan boleh dimuat turun di sini atau boleh didapati di laman sesawang kami di sunlifemalaysia.com.

Borang tuntutan yang lengkap bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan boleh dikemukakan secara manual di ibu pejabat kami atau secara online melalui laman web kami. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk membuat tuntutan dan dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan, layari www.sunlifemalaysia.com/customer-care/make-a-claim.

Adakah saya perlu membuat penamaan? 

Anda dinasihatkan supaya menamakan mana-mana individu sebagai penama yang bertindak sebagai wasi/pentadbir yang berkeupayaan bagi mempercepatkan bayaran kepada penama anda.
Anda harus memastikan penama anda mengetahui tentang pelan takaful yang telah anda sertai.

Di mana saya boleh dapatkan borang penamaan & membuat penamaan? 

Borang penamaan akan dihantar bersama dokumen kontrak. Anda juga boleh memuat turun borang penamaan di sini atau dapatkan dari laman web kami di sunlifemalaysia.com.

Sila lengkapkan dan kembalikan borang penamaan kepada kami.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi Sun Life Malaysia jika saya mempunyai pertanyaan lanjut? 

Anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Careline kami di nombor 1300-88-5055 atau emel kami di wecare@sunlifemalaysia.com.

Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini? 

Anda boleh klik di bawah untuk mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai  produk ini:
Sampel dokumen Keterangan Produk
Sampel Penyata Maklumat Sijil