Sun eMediCare Income adalah pelan insurans perubatan dan kesihatan individu pembaharuan tahunan yang menawarkan perlindungan pendapatan hospital harian yang menyeluruh sehingga umur 70 tahun.
Pelan ini menawarkan manfaat pendapatan hospital harian sekiranya orang yang diinsuranskan dimasukkan ke hospital akibat semua sebab (akibat penyakit atau kemalangan).
Pelan ini juga menawarkan manfaat pendapatan hospital harian tambahan sekiranya orang yang diinsuranskan dimasukkan ke hospital akibat penyakit berjangkit tertentu*, dimasukkan ke hospital di luar negara, atau dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital.
* Penyakit berjangkit tertentu merujuk kepada Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria, Ensefalitis Jepun, Selsema Avian atau Jangkitan Virus Zika. Sila rujuk kepada dokumen polisi untuk takrifan penyakit berjangkit tertentu.
Pelan ini diunderaitkan oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad <Nombor Pendaftaran: 199001005930 (197499-U)>, pengendali insurans yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.