Sun eMediCare Income

APAKAH CIRI-CIRI PRODUK INI?

Sun eMediCare Income adalah pelan insurans perubatan dan kesihatan individu pembaharuan tahunan yang menawarkan perlindungan pendapatan hospital yang menyeluruh sehingga umur 70 tahun.

Pelan ini menawarkan manfaat pendapatan hospital harian sekiranya orang yang diinsuranskan dimasukkan ke hospital akibat semua sebab (akibat penyakit atau kemalangan). Manfaat hospital harian tambahan akan dibayar sekiranya orang yang diinsuranskan dimasukkan ke hospital akibat penyakit berjangkit tertentu*, dimasukkan ke hospital di luar negara atau dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital.

* Penyakit berjangkit tertentu merujuk kepada Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria, Ensefalitis Jepun, Selsema Avian atau Jangkitan Virus Zika.