Apakah pelan takaful bertempoh percuma ini?
Pelan takaful bertempoh percuma menawarkan perlindungan takaful bagi kematian dengan jumlah
yang dilindungi sebanyak RM8,000. Sekiranya berlaku kematian orang yang dilindungi, Sun Life Malaysia Takaful (SLMT)
akan menggunakan manfaat tuntutan kematian RM8,000 untuk Wakaf/Badal Haji mengikut pilihan pelan yang dipilih.
Apakah tempoh perlindungan bagi pelan ini?
Ia menawarkan perlindungan selama 12 bulan, bermula dari tarikh berkuatkuasa sijil.
Apakah syarat kelayakan untuk menyertai pelan ini?
Anda layak menyertai Pelan takaful bertempoh percuma sekiranya anda adalah pemegang
kontrak SLMT Muslim sedia ada atau pelanggan baharu Muslim yang menyertai pelan takaful SLMT, warganegara Malaysia atau
Penduduk Tetap yang menetap di Malaysia dengan NRIC -12 digit yang sah, berumur antara 18 hingga 64 tahun.
Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan perubatan sebelum mendaftar?
Tidak, kerana pelan ini adalah jaminan pengeluaran sijil takaful.
Berapa banyak Pelan takaful bertempoh percuma boleh saya daftar?
Setiap individu yang layak hanya dibenarkan menyertai satu Pelan takaful bertempoh percuma .
Bagaimana saya menerima dokumen sijil selepas mendaftar?
Selepas berjaya menyertai pelan ini, anda akan menerima pengesahan melalui e-mel
dan sijil daripada SLMT dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan.
Anda juga boleh memuat turun kontrak induk di laman web SLMT:
www.sunlifemalaysia.com/client-care/downloads/
.
Apakah pengecualian di bawah pelan ini?
Manfaat kematian tidak akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi membunuh diri
(waras atau tidak waras) atau meninggal dunia akibat keadaan sedia ada dalam tempoh 12 bulan dari tarikh sijil berkuat kuasa.
Apakah terma dan syarat utama pelan ini?
Keadaan sedia ada: Tiada manfaat akan dibayar jika kematian berlaku akibat penyakit,
kecederaan, keadaan atau simptom yang wujud sebelum tarikh sijil berkuat kuasa.
Adakah terdapat tempoh menunggu bagi pelan ini?
Ya, terdapat tempoh menunggu selama 30 hari dari tarikh sijil bermula.
Tiada manfaat akan dibayar jika kematian berlaku dalam tempoh menunggu tersebut.
Bolehkah saya membatalkan pelan selepas mendaftar?
Ya, anda boleh membatalkan pelan selepas menyertainya. Tiada manfaat akan diberikan selepas pembatalan.
Adakah saya perlu membuat penamaan?
Tiada manfaat kematian akan dibayar kepada penama. Keseluruhan manfaat RM8,000
akan digunakan sepenuhnya untuk Wakaf/Badal Haji seperti yang dipersetujui semasa permohonan.
Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini?
Anda boleh klik pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Contoh Helaian Keterangan Produk
Contoh Penyata Maklumat Sijil
Soalan Lazim ini akan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau
ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.