Apakah Sun Cover-i?
Sun Cover-i adalah pelan
takaful keluarga bertempoh berkelompok pembaharuan
bulanan yang mudah dan berpatutan berserta dengan
perkongsian lebihan. Ia menawarkan bayaran manfaat
secara sekali gus sekiranya berlaku kematian/hilang
upaya menyeluruh dan kekal (TPD) akibat semua/segala
sebab. Pelan ini ditawarkan secara
"pay-as-you-go" (PAYG).
Sun Cover-i diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful
Berhad (SLMTB) <Nombor Pendaftaran: 200501012215
(689263-M)>, pengendali takaful yang dikawal
selia oleh Bank Negara Malaysia dan berdaftar di
bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Apakah tempoh perlindungan?
Sun Cover-i menawarkan perlindungan sehingga umur 50 tahun.
Apakah pay-as-you-go (PAYG)?
Dengan konsep PAYG, anda akan
menikmati pembayaran sumbangan yang fleksibel.
Setelah menyertai pelan ini, sumbangan bulanan anda
akan didebitkan secara automatik dari akaun
simpanan, akaun semasa, atau akaun kad kredit anda
bergantung pada pilihan pembayaran anda.
Perlindungan takaful bulanan akan diperbaharui
setelah penolakan sumbangan berjaya. Walau
bagaimanapun, jika baki akaun tidak mencukupi dan
penolakan sumbangan tidak berjaya, tiada
perlindungan takaful akan diberikan untuk
tempoh itu sehinggalah kami mendapat bayaran
sumbangan tersebut. Perlindungan anda akan disambung
semula selepas bayaran ini.
Oleh kerana ini adalah pelan PAYG, anda tidak perlu
membayar sumbangan yang tidak dibayar pada bulan
sebelumnya. Walaupun begitu, anda digalakkan untuk
memastikan baki dalam akaun anda adalah
mencukupi bagi menikmati perlindungan berterusan
tanpa gangguan.
Apakah yang akan berlaku sekiranya saya berhenti membayar sumbangan?
Sekiranya anda tidak membayar
sumbangan sebelum tarikh permulaan perlindungan
berikutnya, tiada perlindungan takaful akan
diberikan dan tiada tuntutan akan dibayar pada bulan
berikutan sekiranya berlaku kematian/hilang upaya
menyeluruh dan kekal (TPD).
Tempoh maksimum selama 6 bulan dari tarikh
perlindungan tamat akan diberi untuk pengaktifan
semula perlindungan takaful seperti yang ditunjukkan
dalam sijil/e-sijil terkini (dalam bentuk e-mel).
Sejurus selepas 6 bulan berturut-turut tiada
sumbangan bayaran, sijil/e-sijil akan luput dan anda
akan diminta untuk mengemukakan permohonan
baru*.
*Nota: Permohonan baru dengan pengakuan kesihatan
baru akan diproses sebagai pendaftaran baru dengan
nombor sijil baru dan tempoh perlindungan baru.
Bagaimana untuk mengetahui jika
pelan ini adalah sesuai untuk saya?
Sekiranya anda mencari pelan
perlindungan takaful keluarga asas dengan sumbangan
yang berpatutan, pelan ini sesuai untuk anda.
Apakah kriteria kelayakan untuk
mendaftar dalam Sun Cover-i?
Anda layak untuk menyertai
dalam Sun Cover-i sekiranya anda adalah pelanggan
CIMB (seperti pemegang kad kredit/debit),
warganegara Malaysia, berumur antara 18 hingga 49
tahun, berada dalam kesihatan yang baik, dan anda
bukan anggota badan beruniform seperti polis atau
tentera.
Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai Sun
Cover-i?
Tidak. Anda hanya perlu
menjawab pengakuan kesihatan yang mudah.
Berapakah pelan Sun Cover-i yang
boleh saya menyertai?
Setiap individu hanya
dibenarkan untuk menyertai dalam satu pelan
Sun Cover-i sahaja.
Berapakah sumbangan yang perlu saya
bayar?
Sumbangan bulanan yang harus
anda bayar ialah RM15.00. Tempoh sumbangan pelan ini
akan berterusan sehingga sijil/e-sijil tamat selepas
hari lahir anda yang ke-50.
Kadar sumbangan adalah tidak dijamin dan mungkin
akan disemak semula dari semasa ke semasa, dan notis
bertulis akan diberi sekurang-kurangnya 14 hari
sebelum sijil/e-sijil tamat. Penyemakan tersebut
akan berkuat kuasa pada sijil/e-sijil yang
berikutnya selepas tempoh notis bertulis.
Adakah jumlah sumbangan
tetap?
Ya, ini adalah pelan sumbangan
rata dengan syarat tiada perubahan pengendorsan
kepada pelan tersebut.
Bagaimana saya boleh membuat
pembayaran sumbangan?
Anda boleh membuat pembayaran
sumbangan melalui kad kredit atau kad debit.
Bagaimana saya boleh menerima sijil
dokumen setelah saya menyertai Sun Cover-i?
Setelah anda berjaya menyertai
Sun Cover-i, anda akan menerima pengesahan emel dan
sijil/e-sijil dari SLMTB dalam masa 3 hari bekerja
dari tarikh permohonan Sun Cover-i anda.
Anda juga boleh memuat turun dokumen keterangan
produk and penyata maklumat sijil dari laman
sesawang SLMTB di
https://mysunlife.sunlifemalaysia.com/suncover-i/.
Kontrak induk boleh dimuat turun di
sini
atau boleh didapati di laman sesawang kami di
www.sunlifemalaysia.com/.
Adakah terdapat perlindungan
sementara untuk pelan ini?
Ya, perlindungan sementara
bagi kematian yang disebabkan oleh kemalangan akan
diberi dalam 7 hari dari tarikh bayaran
permulaan perlindungan diterima dan sehingga
maksimum RM 60,000. Setelah sijil/e-sijil
dikeluarkan, perlindungan akan seperti tertakluk
dalam sijil/e-sijil. Sekiranya permohonan ditolak,
perlindungan sementara akan ditamatkan serta-merta.
Bolehkah saya menggunakan kad kredit atau kad debit orang lain untuk membayar
sumbangan saya?
Tidak, anda tidak boleh
menggunakan kad kredit atau kad debit pihak ketiga
untuk membayar sumbangan anda. Pemegang kad kredit
atau kad debit mestilah pemilik sijil yang
didaftarkan.
Adakah terdapat apa-apa yuran dan
caj tambahan untuk pelan ini?
Anda akan dikenakan yuran dan
caj seperti berikut:
| Jenis |
Amaun |
| 1) Yuran Wakalah (terdiri daripada komisen dan yuran pengendali) |
50% daripada sumbangan |
| 2) Komisen |
10% daripada sumbangan yang telah dibayar dari Yuran Wakalah |
| 3) Perkongsian kami dalam lebihan dana tabarru' peserta |
50% daripada lebihan yang diisytiharkan, ditentukan pada setiap tahun kewangan |
Apakah pengecualian-pengecualian di
bawah pelan ini?
Pelan ini tidak mempunyai pengecualian.
Bolehkah saya membatalkan pelan
selepas menyertainya?
Ya, anda boleh membatalkan
pelan ini selepas menyertainya. Anda diberi tempoh
semakan percuma selama 15 hari dari tarikh
penghantaran sijil/e-sijil yang pertama. Sepanjang
tempoh ini, anda harus menyemak sijil/e-sijil anda
untuk memastikan ia sesuai untuk anda dan keperluan
anda. Sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak
meneruskan pelan ini setelah sijil/e-sijil
dikeluarkan, anda boleh membatalkan pelan ini dengan
memberi notis bertulis kepada Sun Life Malaysia
dalam tempoh semakan percuma tersebut. Kami akan
mengembalikan sumbangan yang telah dibayar.
Sekiranya anda membatalkan pelan selepas 15 hari
dari tarikh penghantaran sijil/e-sijil yang pertama,
anda akan dilindungi di bawah pelan ini sehingga
tarikh sumbangan seterusnya tiba. Tiada sebarang
bayaran balik sumbangan pro-rata atau nilai tunai
yang akan dibayar.
Sekiranya saya ingin menamatkan sijil Sun Cover-i, adakah saya layak untuk sebarang
nilai tunai?
Sun Cover-i adalah pelan perlindungan dan ia tidak memberi sebarang nilai tunai.
Adakah pelan Sun Cover-i saya akan berterusan sekiranya saya menamatkan akaun CIMB
saya?
Tidak. Sejurus selepas 6 bulan berturut-turut tiada
sumbangan bayaran, sijil/e-sijil akan luput dan anda
akan diminta untuk mengemukakan semula permohonan
baru*.
*Nota: Permohonan baru dengan pengakuan kesihatan
baru akan diproses sebagai pendaftaran baru dengan
nombor sijil baru dan tempoh perlindungan baru.
Apakah yang perlu saya lakukan
sekiranya terdapat perubahan pada butiran hubungan /
butiran peribadi saya selepas saya menyertai pelan
Sun Cover-i?
Selain maklumat yang anda berikan, Sun Life Malaysia
akan memperolehi maklumat peribadi anda yang
diperlukan dari CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic
Bank Berhad. Pastikan maklumat peribadi anda adalah
tepat semasa menerima kontrak sijil anda. Anda boleh
menghubungi kini SLMTB jika terdapat perubahan pada
butiran peribadi anda melalui portal pelanggan
SunAccess atau aplikasi mudah alih setelah anda
menyertai pelan ini.
Adakah pelan ini layak untuk
Pelepasan Cukai Pendapatan?
Ya, sumbangan yang dibayar bagi Sun Cover-i
melayakkan anda untuk pelepasan cukai pendapatan
persendirian tertakluk kepada keputusan muktamad
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Di mana saya boleh mendapatkan borang tuntutan dan membuat
tuntutan?
Borang tuntutan boleh dimuat turun di
sini atau boleh didapati di laman sesawang kami di
www.sunlifemalaysia.com/.
Borang tuntutan yang lengkap bersama-sama dengan
dokumen-dokumen yang diperlukan boleh dikemukakan
secara manual di ibu pejabat kami atau secara online
melalui laman web kami. Untuk maklumat lanjut
mengenai bagaimana untuk membuat tuntutan dan
dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan, layari
www.sunlifemalaysia.com/client-care/make-a-claim/online-submission/
.
Adakah saya perlu membuat penamaan?
Anda dinasihatkan supaya
menamakan mana-mana individu sebagai penama yang
bertindak sebagai wasi/pentadbir yang berkeupayaan
bagi mempercepatkan bayaran kepada penama
anda.
Anda harus memastikan penama anda mengetahui tentang
pelan takaful yang telah anda sertai.
Di mana saya boleh dapatkan borang
penamaan & membuat penamaan?
Borang penamaan akan dihantar
bersama dokumen kontrak. Anda juga boleh memuat
turun borang penamaan di
sini
atau dapatkan dari laman web kami di www.sunlifemalaysia.com/.
Sila lengkapkan dan kembalikan borang penamaan kepada kami.
Bagaimanakah saya boleh menghubungi Sun Life Malaysia jika saya mempunyai pertanyaan
lanjut?
Anda boleh menghubungi Talian
Khidmat Pelanggan Careline kami di nombor 1300-88-5055
atau emel kami di wecare@sunlifemalaysia.com.