Sun eSsential Life

APAKAH CIRI-CIRI PRODUK INI?

Sun eSsential Life adalah pelan insurans bertempoh pembaharuan tahunan yang memberi perlindungan sehingga umur 80 tahun. Ia menawarkan bayaran manfaat secara sekali gus sekiranya berlaku kematian / hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) akibat semua / segala sebab. Pelan ini, juga menawarkan perlindungan tambahan 100% daripada jumlah asas yang diinsuranskan sekiranya berlaku kematian / TPD akibat penyakit berjangkit tertentu*.

*Penyakit berjangkit tertentu merujuk kepada Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria, Ensefalitis Jepun, Selsema Avian atau Jangkitan Virus Zika.